SKTLE menjuarai Kejohanan Bola Baling Lelaki Bawah 12 MSSD Mersing.
SKTLE menjuarai Kejohanan Bola Baling Lelaki Bawah 12 MSSD Mersing.

Mersing: SK Teluk Lipat Endau (SKTLE) Mersing menjuarai Kejohanan Bola Baling Lelaki Bawah 12 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Mersing selepas menewaskan SK Sri Mersing 2-0 di Dewan Pusat Air Tawar Endau, baru-baru ini.

Di separuh akhir, SKTLE mengatasi SK Pusat Air Tawar (SKPAT) 6-3.

Jurulatih Azmi Arazad berkata pada perlawanan akhir anak buahnya tidak berdepan masalah menundukkan Sri Mersing yang juga juara tahun lalu itu.

“Kami memang berazam menyekat SKSM daripada menguasai perlawanan dengan membuatkan mereka tertekan.

“Walaupun menang 2-0, saya tetap berpuas hati dapat mengalahkan juara tiga tahun berturut-turut itu,” katanya.

Beliau berkata, berkat kerjasama semua pihak termasuk pengurusan sekolah, ibu bapa dan pemain pasukan, sekolah berkenaan muncul juara pada kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 9:31 AM