PEMAIN SMKAB mempamerkan pingat dimenangi.
PEMAIN SMKAB mempamerkan pingat dimenangi.

Mersing: Sekolah Menengah Kebangsaan Anjung Batu (SMKAB) mengungguli Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Mersing Bawah 18 (B-18) selepas menumpaskan SMK Sri Mersing (SMKSM) 2-1 di Stadium Mersing, baru-baru ini.

Dalam penentuan tempat ketiga, SMK Ungku Husin Endau menundukkan SM Tan Sri Kadir Tenggaroh 2-0.

Pemain Terbaik Kejohanan menjadi milik Iskandar Rosley daripada SMKAB manakala Penjaga Gol Terbaik Muhammad Muhaimin Muiz Murad (SMKAB) dan Penjaring Terbanyak Mohammad Su Abd Hamin (SMK Ungku Husin Endau).

Pingat dan sijil kejohanan disampaikan Pengetua SMKAB Rosita Din.

Sebanyak sembilan pasukan menyertai kejohanan empat hari itu yang diadakan di dua gelanggang - Stadium Mersing dan SMKAB.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Ogos 2016 @ 11:25 AM