PEMAIN SKSM A mempamerkan trofi kejuaraan dan medal dimenangi.
PEMAIN SKSM A mempamerkan trofi kejuaraan dan medal dimenangi.
Oleh Mohd Sah Muda

Mersing: Sekolah Kebangsaan Sri Mersing (SKSM) A mengungguli Kejohanan Bola Sepak 7’S B-12 merebut Piala Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Datuk Abd Latif Bandi selepas mengalahkan SK Sawah Datuk 2-0 pada aksi final baru-baru ini.

Berikutan kejayaan itu, SKSM meraih wang tunai RM300 manakala SK Sawah Datuk RM200. Pasukan SKSM B ketiga dan Remaja Tenglu keempat. Sebanyak 15 pasukan menyertai kejohanan itu.

Pada separuh akhir, SKSM A mengalahkan SKSM B 1-0 manakala SK Sawah Datuk mengatasi Remaja Tenglu 2-0.

Jurulatih SKSM Muhamad Fadzli Naim berkata, pemain yang menyertai kejohanan itu bukan kalangan pemain sekolah sebaliknya muka baru.

Menurutnya, mereka adalah pelapis tahun tiga hingga lima dan kejayaan itu membuka ruang untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Bola Sepak B-12 tahun depan.

“Kejohanan ini memudahkan kami mengenal pasti bakat untuk diketengahkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2015 @ 9:12 AM