PESILAT SMKSM menjuarai Kejohanan Silat Seni.
PESILAT SMKSM menjuarai Kejohanan Silat Seni.
Oleh Mohd Sah Muda

Mersing: SMK Sri Mersing (SMKSM) mengungguli Kejohanan Silat Seni MSSD ketegori sekolah menengah di Dewan Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Mersing Johor, baru-baru ini.

Pesilat SMKSM menjuarai seni tari solo ketegori putera dan puteri, seni tempur putera dan puteri serta seni jurus puteri.

Pengurus pasukan Azidah Mohd Alias berkata pesilat SMKSM menunjukkan kehebatan apabila mendominasi saingan dan ia hasil kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa, pelajar, guru dan pentadbir sekolah sebelum kejohanan.

“Pesilat akan mejalani latihan lebih kerap menghadapi kejohanan peringkat negeri tidak lama lagi,” katanya.

Beliau mengaku menyandarkan harapan kepada juara kategori seni tari solo puteri, Aziema Nafisa Roslee dan Mohd Harist Samsudin yang memenangi seni tari solo putera pada saingan peringkat negeri nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2015 @ 7:55 AM