HM Digital


• Bekas peguam OKU mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah terhadap firma guaman sendiri, membabitkan RM47,431.79, lapan tahun lalu.

• Geng Kembar yang turut dianggotai dua beradik aktif curi motosikal tumpas selepas lapan suspek ditahan.

• Polis rakam keterangan 80 individu dan teliti CCTV bagi membantu siasatan kes kebakaran Pasar Besar Seremban pada 9 September lalu.

• Pembantu kedai DVD dan VCD mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki 360 salinan cetak rompak drama bersiri antarabangsa.

• Setakat 8 pagi, 1,670 mangsa masih ditempatkan di 13 pusat penempatan sementara banjir di dua daerah di Seberang Perai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 November 2017 @ 6:55 PM