Atlit gimnas Malaysia ceria bersama pingat emas dimenangi. FOTO HM/MUHD ZAABA ZAKERIA
Atlit gimnas Malaysia ceria bersama pingat emas dimenangi. FOTO HM/MUHD ZAABA ZAKERIA
Team Digital HM

SKUAD berpasukan artistik wanita negara mempertahankan pingat emas selepas mengungguli acara itu pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) di Pusat Pameran dan Dagangan (MITEC), hari ini.

Malaysia mencatat sebanyak 200.950 mata untuk mengatasi Singapura yang mendapat pingat perak mengumpul 190.050 mata.

Indonesia meraih gangsa dengan 186.850 mata.

Kejayaan itu mengulangi pencapaian sama di Singapura dua tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2017 @ 11:18 PM