HAMIZAH (kiri) dan Syazreen memenangi pingat emas acara pencak silat kategori seni ganda akhir Wanita .
HAMIZAH (kiri) dan Syazreen memenangi pingat emas acara pencak silat kategori seni ganda akhir Wanita .
Azlan Muhammad Zain


PENCAK silat meraih pingat emas kedua apabila gandingan Nor Hamizah Abu Hassan dan Nur Syazreen Abdul Malek memenangi kelas ganda putri (seni) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Pasangan negara itu mengumpul 568 mata selepas mempamerkan persembahan menarik.

Perak diraih pasangan Singapura Nur Azlyana Ismail dan Nurhanishah Shahrudin dengan mengumpul 553 mata.

Indonesia yang menampilkan Ririn Rinasih dan Riska Hermawan mengumpul 545 mata untuk meraih gangsa.

Malaysia turut memenangi emas acara ganda putra (seni), semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Ogos 2017 @ 5:16 PM