Atlet gimnastik Malaysia yang memenangi pingat perak acara Artistik Lelaki Berpasukan, malam tadi. - Foto MUHD ZAABA ZAKERIA
Atlet gimnastik Malaysia yang memenangi pingat perak acara Artistik Lelaki Berpasukan, malam tadi. - Foto MUHD ZAABA ZAKERIA
BERNAMA

SKUAD gimnastik Malaysia memenangi pingat perak melalui acara Artistik Lelaki Berpasukan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, malam ini.

Pingat emas dimenangi Vietnam dengan 319.050 mata mengatasi jauh Malaysia yang mengumpul 305.550 mata dan Thailand pingat gangsa dengan 293.200 mata.

Vietnam ialah pemenang pingat emas acara itu dalam kejohanan Sukan SEA sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2017 @ 12:05 AM