LEONG Jun Hao. Gambar kecil, Misbun Sidek. FOTO Mohd Khairul Helmy Mohd Din & Osman Adnan
LEONG Jun Hao. Gambar kecil, Misbun Sidek. FOTO Mohd Khairul Helmy Mohd Din & Osman Adnan
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: “Boleh nak jadi seperti Datuk Lee Chong Wei tapi kena jaga disiplin,” ujar ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek mengenai cita-cita juara remaja Asia, Leong Jun Hao yang mahu menjadi setanding idolanya.

Menurut Misbun, bintang muda mahu menyamai pencapaian Chong Wei satu perkara biasa namun Jun Hao harus mengambil iktibar atas kejayaannya itu dan jadikannya sebagai asas kekuatan sebelum berada sebaris dengan pemain senior.

“Dia boleh masuk ke skuad elit jika dia memberi tumpuan dengan segala nasihat yang saya berikan seperti jaga disiplin dan tahu apa yang dikehendakinya,” katanya kepada media ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Jelasnya, jika dibantu dari segi kepakaran, mental dan persiapan diri Jun Hao mampu untuk pergi lebih jauh.

“Bilangan jurulatih agak terhad, apa yang boleh kita berikan kepadanya adalah latihan teknikal peringkat asas bukannya pengkhususan. Sebenarnya jika kita ada ramai jurulatih barulah boleh buat pengkhususan tapi 16 pemain dalam satu bumbung ia lebih terarah kepada latihan asas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Ogos 2017 @ 7:24 AM