Oleh Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Senang saja buat Datuk Lee Chong Wei memenangi emas Sukan Olimpik Rio 2016, ujar bekas legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek tetapi dengan syarat semua pihak harus berganding bahu serta menjalankan tugas seiringan.

Menurut Misbun, kerjasama bermaksud semua orang saling membantu antara satu sama lain dan pada masa sama cuba faham apa yang dimahukan oleh seseorang jurulatih.

“Gangsa kita sudah raih (Rashid Sidek), perak Chong Wei sudah memenanginya, kalau hendak menang emas sekarang ini memang senang tapi apa yang kita mahukan ialah kerjasama,” katanya ketika ditemui selepas Program Kem Bakat Badminton Nusa Mahsuri-Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Peringkat Kuala Lumpur semalam.

Jelasnya, kerjasama itu amat penting iaitu bersedia dan meringankan tulang untuk memberi bantuan dan memahami kemahuan jurulatih serta pemain itu sendiri (Chong Wei).

“Cuba faham apa yang jurulatih mahukan, bukan fahamkan apa yang mereka (pengurusan) mahukan. Kita berbicara mengenai usaha untuk menyiapkan Chong Wei. Sekarang ini kalau hanya di atas kertas memang senang, namun kita perlu melaluinya dengan hati. Bendera yang kita pakai di dada.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 5:11 AM