Syafil Syazwan Jefri


Kuala Kubu Bahru: Pelakon, Hafidz Roshdi hadir ke Mahkamah Majistret, di sini, ditemani isteri, Athirah Yuhada buat kali pertama.

Hafidz, 30, yang bertolak dari kediamannya di Shah Alam awal pagi tadi mengharapkan agar proses perbicaraan hari ini berjalan dengan baik

"Insya-Allah yang terbaik. Doakan. Saya bertolak 6.30 pagi tadi," katanya kepada Harian Metro.

Athirah bagaimanapun enggan mengulas lanjut pertanyaan media.

"Ya ini kali pertama (menemani suami)," jawabnya ringkas.

Hafidz hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes menumbuk pipi kiri bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri yang didakwa dilakukan pada 13 Mac lalu sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, di sini.

HAFIDZ Roshdi
HAFIDZ Roshdi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 9:39 AM