HM Digital


• Lelaki yang membunuh abang kandungnya selepas bertengkar dan bergelut mengenai harta pusaka di Kampung Sama Gagah direman empat hari, bermula hari ini.

• Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik Bukit Aman menahan seorang lelaki berusia 22 tahun dan rampas 3.8 kilogram kokain bernilai RM1 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

• Pemandu lori dihukum penjara sehari dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor bahru selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM300 kepada penjawat awam, tahun lalu.

• Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat, didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru selepas mengaku bersalah memasukkan methamphetamine ke dalam badan, enam tahun lalu.

• "Sebaik terdengar bunyi letupan kuat itu, saya bergegas pergi ke premis yang sedang marak terbakar itu. Saya kemudian berusaha memadamkan kebakaran itu," kata saksi kejadian, Chong Poh Chai, 30.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mei 2017 @ 7:01 PM