MAMAT didenda selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah. FOTO Yazit Razali
MAMAT didenda selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah. FOTO Yazit Razali
Oleh Sarah Zulkifli


Ampang: Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau Mamat didenda RM4, 000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah jenis syabu, Mac lalu.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman ketika menjatuhkan hukuman turut memerintahkan penyanyi berusia 37 tahun itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut mengarahkan Mamat diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Untuk Mu Ibu dan pernah memenangi tempat ketiga pertandingan nyanyian Gegar Vaganza yang memakai baju penjara berwarna merah itu kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memasukkan dadah ke dalam badannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, 11 malam, 26 Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2015 @ 12:30 PM