ANGGOTA polis mengiringi Mamat selepas dia gagal membayar denda di Mahkamah Majistret, semalam.
ANGGOTA polis mengiringi Mamat selepas dia gagal membayar denda di Mahkamah Majistret, semalam.

Raub: Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau Mamat didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, dua tahun lalu.

Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusof ketika menjatuhkan hukuman turut memerintahkan penyanyi itu dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda.

Beliau juga mengarahkan Mamat, 37, diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Bagaimanapun, Mamat yang memakai baju lokap ungu dan memakai topeng berikutan masalah kesihatan gagal membayar denda dan dibawa ke Penjara Bentong untuk menjalani hukuman penjara.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 10:07 AM