HM Digital

• Penuntut kolej swasta didakwa di Mahkamah Majistret Kuching atas tuduhan bunuh selepas buang bayi perempuan baru dilahirkannya, 11 April lalu.

• Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan rogol dalam dua kes berasingan pada 2013 dan Februari lalu.

• Exco kerajaan negeri dihadap ke Mahkamah Sesyen terhadap 33 pertuduhan subahat dengan perunding hartanah membabitkan RM30.3 juta.

• PERHILITAN Terengganu rampas pelbagai spesis dilindungi dalam dua serbuan berasingan di Jabi, Besut pada 14 April lalu.

• Beberapa kawasan di Rawang, Kuang, Kundang, Sungai Buloh dan Batu Arang naik air hingga 1 meter selepas hujan sejak 9.30 pagi tadi.

• Jenazah isteri Tan Sri Sabbaruddin Chik, Puan Sri Faridah Mohamed selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, 12 tengah hari tadi.

• Lebih 1,000 peminat bersorak sambut ketibaan Azizuhasni Awang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 April 2017 @ 7:06 PM