FIZI bersama anaknya, Ameena.
FIZI bersama anaknya, Ameena.

Kuala Lumpur: Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali menepis dakwaan dia kalah dalam kes tuntutan hadanah dan bekas isterinya yang juga pelakon, Shakilla Khoriri dilaporkan mendapat hak penjagaan interim (sementara).

Fizi berkata, dalam itu, dia hanya menuntut beberapa syarat bagi memastikan Ameena mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapanya.

"Saya ingin tekankan saya bukan merebut hak penjagaan, cuma hak melawat dan bermalam serta hak Ameena mendapat kasih sayang yang sama rata.

"Dari awal saya memang dah setuju dan beri hak penjagaan kepada ibunya. Untuk makluman semua, sebenarnya kami melalui peguam masing-masing sudah mencapai persetujuan mengenai hak penjagaan dan lawatan ini.

"Orang yang cakap kalah itu, dia tak faham. Saya rasa tiada keperluan untuk fahamkan kerana apa yang penting saya dah dapat hak saya untuk bersama Ameena," tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Menurut Fizi, dia pelik apabila ada pihak yang tergamak memerli dan mengatakan dirinya kalah dalam kes hadanah sebaliknya perkara itu sudah mencapai kata persetujuan bersama.

"Ada yang DM (direct messege) gelak padan muka kalah. Ini bukan pertandingan kalah atau menang.

"Hadanah interim dah selesai atas persetujuan baik kedua-dua belah pihak dan budi bicara peguam masing-masing.

"Dari awal saya memang dah setuju dan beri hak jagaan kepada ibunya. Kami melalui peguam sudah mencapai persetujuan mengenai hak jagaan dan lawatan. Bukan interim tetapi yang kekal juga," katanya.

Mereka berkahwin pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021.

Pada 15 Disember tahun lalu, Fizi memfailkan tuntutan hadanah terhadap Shakilla berhubung hak penjagaan Ameena yang kini berusia lima tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mei 2024 @ 11:32 AM