SHAKILLA selepas sebutan kes hadhanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. FOTO Aziah Azmee
SHAKILLA selepas sebutan kes hadhanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. FOTO Aziah Azmee
Ramlah Zainal


Shah Alam: "Kalau awak tak datang cari anak awak, anak tak mungkin akan datang cari awak," kata pelakon Shakilla Khoriri, 35.

Shakilla berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan dirinya dikatakan menghalang bekas suami, penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, 37,  daripada bertemu anaknya, Ameena Sofia, 5. 

Menurut Shakilla, dia juga tidak berpuas hati dengan komitmen diberikan Fizi sebagai bapa kepada anak mereka itu. 

"Sebagai bapa, kalau rasa nak (bersama) anak, munculkan diri. Jangan hilang begitu saja. Jangan ghaib. 

"Jangan cakap di media sosial begitu dan begini. Dia (Fizi) yang hilang," katanya ketika ditemui Harian Metro  pada sebutan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di sini, hari ini.

Mengenai dakwaan  dia menyekat nombor telefon Fizi, Shakila tidak menafikan perkara itu, tetapi ada alasan untuk bertindak sedemikian. 

"Kenapa nombor Fizi disekat, kena tanya dia sendiri. Saya 'block' (sekat) sebab ada campur tangan isterinya.

"Apa yang dia dah buat dengan Ameena, saya ada bukti dan serahkan kepada peguam saya. 

"Sebab 'block' saya tak berminat nak bercakap dengan orang selain daripada bapa Ameena. Walaupun itu isterinya," katanya.

Ditanya dakwaan Fizi ada menghubunginya banyak kali selepas tidak dapat bertemu anak pula, Shakilla menafikannya.

"Yang dia kata, dia telefon saya berkali-kali mencari anak, itu semua tidak betul.

"Demi Allah, saya cakap tiada, segala rekod dan bukti saya sudah serahkan kepada peguam . Dia tiada telefon atau WhatsApp saya di mana-mana. 

"Dia hanya keluarkan kenyataan demi kenyataan di media sosial," katanya.

Hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

Pada bulan lalu, Fizi memfailkan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini kerana Shakila enggan membenarkan dia bertemu anaknya.

Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai pada Disember 2021. 

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Nur Ameena Sofia,5.

Selepas bercerai dengan Shakilla, Fizi berkahwin kali kedua dengan Siti Zulaikha, 31.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 January 2024 @ 1:16 PM