HALFMOON betta
HALFMOON betta
Hartini Mohd Nawi


Ikan laga atau nama genus saintifiknya Betta dikatakan mempunyai 73 spesies.

Bagi yang baru berjinak-jinak dengan hobi membela ikan sebagai haiwan peliharaan, ikan laga antara yang dicadangkan.

Tidak dinafikan, warna unik dan bentuknya yang pelbagai terutama bahagian ekor membuatkan ikan ini mempunyai daya tarikan tersendiri.

Bukan sekadar membela, malah ada yang dipertaruhkan dalam pertandingan kerana kepelbagaian keunikannya.

1. Peaceful betta

Turut dikenali sebagai ikan laga kampung dan ia hanya ada di Malaysia, Indonesia dan selatan Thailand.

Selalunya ia hidup di kawasan sawah padi, paya, sungai dan kolam serta jangka hayatnya sehingga empat tahun.

2. Halfmoon betta

Digelar Halfmoon betta kerana bentuk ekornya kelihatan seakan-akan bulan separuh penuh.

Ia juga tergolong dalam ikan laga paling cantik di dunia.

3. Double tail betta

Ekor terbelah dua menjadi simbolik ikan laga itu kerana alunan lenggok ekornya ketika berenang kelihatan seolah-olah ada dua ekor.

DOUBLE tail betta
DOUBLE tail betta

4. Crowntail betta

Turut digelar ikan laga matahari disebabkan ekornya yang kelihatan seperti pancaran cahaya matahari.

Lain pula dengan orang barat yang melabel bentuk ekornya seperti mahkota.

5. Plakat betta

Paling senang untuk dikenali kerana mempunyai dua sirip.

Sirip atasnya pendek berbanding sirip bawah sementara ekornya pula berbentuk bulan separuh.

6. Veiltail betta

Sirip dan ekor yang labuh serta jatuh seperti langsir menjadikannya mudah untuk dikesan.

Ia juga antara yang paling senang didapati di Malaysia dan mudah dibiakkan.

7. Elephant ear betta

Digelar Elephant ear betta kerana sirip kiri dan kanan mirip telinga gajah apabila beralun-alun dalam air.

Ikan jantan lebih suka menyerang dan menjadi dominan.

ROSETAIL betta
ROSETAIL betta

8. Rosetail betta

Ekornya berbentuk bunga dan beralun.

Ia antara ikan laga paling komersial di pasaran.

9. Avatar betta

Cantik dan agresif, tetapi ikan ini agak sensitif.

10. Samurai

Warnanya tidak menyeluruh pada seluruh sisik dan ketidaksempurnaan itu membentuk corak yang menakjubkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2024 @ 7:01 AM