Marcel Sabitzer (dua dari kiri) meraikan gol kemenangan ketika membantu Austria membenam Belanda. FOTO Agensi
Marcel Sabitzer (dua dari kiri) meraikan gol kemenangan ketika membantu Austria membenam Belanda. FOTO Agensi
AFP

Berlin, Jerman: Marcel Sabitzer muncul wira apabila golnya mengesahkan slot Austria ke pusingan 16 terbaik sekali gus muncul juara Kumpulan D untuk mengenepikan pasukan pilihan Perancis di tangga kedua.

Sabitzer meledak gol ketiga pada minit ke-80 untuk mengecewakan Belanda dengan 3-2 selepas sebelum itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengejar dengan Austria dua kali mendahului.

Gol sendiri pemain Belanda, Donyell Malen meletakkan Austria di depan tetapi Cody Gakpo menyamakan kedudukan buat Belanda pada awal separuh masa kedua.

Romano Schmid menanduk masuk buat Austria dengan Memphis Depay menyamakan kedudukan sekali lagi sebelum Sabitzer menamatkan cabaran Belanda pada pertembungan sengit di Olympiastadion.

Austria yang dibimbing Ralf Rangnick kini muncul pasukan pilihan pada kejohanan kali ini.

Sementara itu, ketua pasukan Belanda, Virgil van Dijk akui kecewa apabila gagal membantu negaranya melangkah ke pusingan kalah mati.

Katanya, Belanda bermula agak perlahan dan pemain Austria bijak menggunakan peluang terhidang.

"Kami bermula agak perlahan...kami lambat panas dan perlawanan tadi dan saya tidak tahu apa yang terjadi.

"Kami bercakap mengenainya pada separuh masa, supaya memperbaikinya pada babak kedua dan kami memberi respon cukup positif.

"Apapun kami akhirnya tewas juga dan kami perlu bertanggungjawab dengan keputusan ini. Jika kami mahu capai sesuatu dalam kejohanan akan datang, kami perlu berubah dari sekarang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2024 @ 3:16 AM