MODEL menunjukkan barisan produk V-easy yang dipasarkan.
MODEL menunjukkan barisan produk V-easy yang dipasarkan.
Oleh Sri Ayu Kartika Amri

NCK Management Sdn Bhd berada di landasan tepat untuk menembusi pasaran Bangladesh, Nepal dan Myanmar menjelang tahun depan, biarpun berdepan dengan pandemik Covid-19.

Pengarah Urusannya, Suki Khor Sock Khim berkata, pihaknya memilih negara berkenaan berikutan menerima permintaan terhadap produk penjagaan wajah dan diri keluaran syarikat itu yang di bawah jenama V-easy.

Katanya, antara produk yang paling mendapat permintaan adalah Bulgaria Rose Micellar Cleansing Water dan Pembersih Wajah dan Badan V-easy.

"Walaupun produk V-easy ini baharu di pasaran namun kami menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan yang rata-ratanya berpuas hati selepas menggunakan produk kami.

"Malah, semua produk kami termasuk pencuci wanita dan gincu jenis krim matte mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan menggunakan bahan semula jadi berkualiti terbaik yang diimport dari Jepun dan Korea," katanya.

Menurutnya, selain merancang memasuki pasaran luar negara, pihaknya juga akan memberi tumpuan pasaran di Malaysia melalui jualan secara dalam talian.

Suki berkata, tahun depan pihaknya menyasarkan jualan lebih RM500,000 dan meningkat kepada RM1 juta menjelang 2022.

Beliau berkata, bagi perancangan akan datang, syarikat akan memperkenalkan barisan produk baharu dan membuka peluang orang ramai menjadi ejen V-easy dengan modal hanya RM150.

"Antara produk baru yang akan berada di pasaran adalah balm (salap), bedak asas, serum, penyegar dan suplemen (makanan tambahan).

"Kami percaya barisan produk V-easy ini dapat memenuhi keperluan pengguna," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 7:10 AM