PEMAIN  Switzerland gigih menjalani latihan di Stuttgart, kelmarin. FOTO AFP
PEMAIN Switzerland gigih menjalani latihan di Stuttgart, kelmarin. FOTO AFP
AFP

Stuttgart: Pemain tengah Switzerland Michel Aebischer berkata, Itali yang akan ditemui mereka pada peringkat 16 terakhir Euro 2024 'bencikan kekalahan' ketika pasukannya beraksi tanpa tekanan di Berlin malam esok.

Switzerland hampir muncul selaku pendahulu dalam Kumpulan A tetapi mara ke peringkat kalah mati apabila menduduki tangga kedua di belakang Jerman selepas dibolosi saat akhir menerusi tandukan Niclas Fuellkrug pada Isnin lalu.

Aebischer berpindah ke Bologna dari Young Boys Bern pada 2022 dan berkata kariernya di Serie A membolehkan dia mengetahui cara pemikiran bola sepak Itali.

"Pemain Itali bencikan kekalahan," katanya. "Mereka juara bertahan, mereka tak pernah berputus asa. Itali pasukan pilihan, itu hakikatnya dan kami pula 'underdog'."

Namun pemain berusia 27 tahun itu menafikan pendapat Switzerland mempunyai laluan mudah dengan England berpotensi menunggu mereka jika layak ke suku akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2024 @ 12:54 PM