AIN Fatin Lyana menunjukkan produk 1MFF berfungsi mencantik dan merawat pada harga mampu milik.
AIN Fatin Lyana menunjukkan produk 1MFF berfungsi mencantik dan merawat pada harga mampu milik.
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Aiefy Global Beauty, yakin menerusi produk keluaran syarikatnya, 1 Minute Miracle Foundation (1MMF) dapat membantu melahirkan ejen yang menjana pendapatan lumayan.

Pengurusnya, Ain Fatin Lyana Azehar berkata, pihaknya menyasarkan memiliki 300 ejen menjelang akhir tahun ini dan menyediakan kumpulan bimbingan percuma untuk memastikan mereka mempunyai ilmu dalam pemasaran.

Katanya, produk 1MMF adalah bedak asas pertama di Malaysia yang setanding antarabangsa, tetapi dijual pada harga mampu milik dan mengandungi 30 peratus ekstrak mutiara khas untuk memberi kulit wajah lebih bercahaya serta berseri.

“Kami mempunyai ratusan testimoni yang mengakui kesan positif selepas menggunakan 1MMF dan akhir tahun ini, syarikat menyasarkan jualan sebanyak 150,000 unit.

“Kami percaya, jumlah sasaran itu dapat dicapai kerana dalam tempoh lima bulan di pasaran, 1MFF mampu terjual sehingga 50,000 unit selain disokong dengan pelantikan ejen serta stokis baharu di seluruh negara,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, syarikat mengalu-alukan mereka yang ingin menjadi ejen pada modal serendah RM245 dengan margin keuntungan lebih 30 peratus.

Ain berkata, pihaknya akan memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada ejen 1MMF serta memberi kelas teknik pemasaran tanpa kos dan ganjaran setiap tiga bulan jika melepasi sasaran jualan.

Beliau berkata, syarikat komited untuk berkongsi ilmu serta keuntungan kepada ejen dan untuk maklumat lanjut boleh melayari Facebook (1minute Miracle Foundation Hq) dan Instagram (1minute_Miracle_
Foundation_ Hq).

“Dengan harga hanya RM35, 1MMF mampu membuat wajah pengguna berseri dalam seminit dan ia boleh dibawa solat serta mesra wuduk dan menjadi agen perawat wajah seawal lima hari,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 7:11 AM