Pelbagai punca seperti gaya hidup dan penggunaan syampu yang tidak bersesuaian sering dikaitkan dengan masalah rambut gugur. - Gambar hiasan
Pelbagai punca seperti gaya hidup dan penggunaan syampu yang tidak bersesuaian sering dikaitkan dengan masalah rambut gugur. - Gambar hiasan
Muhamad Shaifullah Tayep

WANITA sering dihantui dengan masalah keguguran dan penipisan rambut.

Pelbagai punca sering dikaitkan dengan permasalahan itu, antaranya diet yang tidak seimbang, kurang tidur, tekanan emosi, perubahan hormon, gaya rambut yang pelbagai dan sebagainya.

Penggunaan dan pemilihan produk yang salah serta tidak bersesuaian juga menjadi faktor rambut semakin gugur dan seterusnya menampakkan kulit kepala.

Image

Jenama produk penjagaan rambut, Dove bakal memperkenalkan rangkaian Micellar terbaru mereka iaitu Dove Micellar Hair Boost Nourishment Jun ini yang bakal memberikan kelegaan buat ramai wanita.

Ini kerana, Dove Micellar Hair Boost Nourishment adalah syampu pertama mengandungi Calcium Complex dari Dove yang mampu menyuburkan, menguatkan dan melembapkan rambut rosak daripada akar sehingga hujung serta mengurangkan keguguran rambut sehingga 10 kali lebih berkesan pada penggunaan pertama.

Penggunaan Micellar Calcium Complex juga mampu memberi haruman menyegarkan dan menenangkan di setiap helaian rambut bukan saja ketika mandi malah sepanjang hari.

Umum mengetahui kalsium mampu menguatkan tulang dan gigi, kini Calcium Complex boleh didapati dalam syampu untuk menguatkan rambut.

Rangkaian Dove Micellar Hair Boost Nourishment ini juga mengandungi Micellar iaitu bahan lembut yang membersihkan akar rambut yang berminyak dengan membuang lebihan minyak, kotoran dan kerosakan pada kulit kepala.

Selain itu, formula ringan dan lut sinar tidak menjadikan rambut berat namun menjadikan ia lebih ringan.

Teliti rutin penjagaan rambut

Rangkaian Dove Micellar Hair Boost Nourishment mampu membantu menyelesaikan masalah keguguran rambut wanita sekiranya pengguna turut mengamalkan rutin penjagaan rambut yang tepat.

Antaranya, bilas rambut selepas syampu dan perapi dengan air sejuk. Air bersuhu rendah membantu mengedapkan kutikel rambut yang memerangkap air dan nutrien daripada produk yang digunakan pada rambut.

Selain itu, elakkan menyikat rambut secara keterlaluan kerana ia boleh mengakibatkan rambut putus.

Sebaliknya, sikat rambut daripada hujung ke akar menggunakan sikat yang diperbuat daripada berus kayu, bukan bahan seperti plastik atau logam yang mengeluarkan caj statik sehingga menyebabkan rambut kembang.

Bagi meningkatkan hasil terbaik rambut, gunakan topi plastik atau penutup kepala selepas meratakan produk rambut supaya ia dapat meresap sehingga akar dan kulit kepala.

Elakkan juga penggunaan alat pengering dan pelurus rambut secara kerap kerana haba yang berlebihan boleh merosakkan struktur rambut yang lembut.

Dapatkan rangkaian Dove Micellar Hair Boost Nourishment di Guardian berdekatan anda atau secara dalam talian di laman web Guardian bagi menyelesaikan masalah rambut gugur anda hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 1:50 PM