PRODUK Schneider Electric Malaysia litar Easy9.
PRODUK Schneider Electric Malaysia litar Easy9.
Sri Ayu Kartika Amri


Petaling Jaya: Schneider Electric Malaysia, komited memberi lebih banyak kempen kesedaran mengenai keselamatan elektrik di kediaman sepanjang tahun ini.

Jurutera Kanan Pemasaran Produk Schneider Electric Malaysia, Mazliazhar Abdul Latif berkata, menerusi barisan produk litar Easy9 yang direka khas untuk pasaran Malaysia, pihaknya yakin dapat memberi perlindungan kepada masyarakat di negara ini.

Katanya, kebanyakan daripada masyarakat tidak peka dengan peralatan litar elektrik di kediaman mahupun pejabat yang banyak terdedah kepada kejutan elektrik yang boleh menyebabkan kebakaran berlaku.

“Banyak kejadian di Malaysia yang mana terdapat kematian disebabkan renjatan elektrik yang terjana daripada penggunaan peralatan elekrik dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa jika kita tidak peka dengan ciri keselamatan yang perlu dilaksanakan di rumah.

“Dengan litar Easy9, ia bukan saja boleh mengesan situasi kejutan elektrik, malah kebocoran dan aliran voltan yang tinggi,” katanya pada taklimat media di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Presiden Serantau Schneider Electric Malaysia, Soo Pow Leong, Presiden Persatuan Elektronik dan Elektrikal Malaysia (TEEAM), Ir Chew Shee Fuee dan Pengarah Peraturan Keselamatan Elektrikal Suruhanjaya Tenaga, Mohd Elmi Anas.

Mazliazhar berkata, walaupun ada yang beranggapan kos untuk menggunakan litar Easy9 mahal, ia sebaliknya kerana produk Easy9 mempunyai jaminan keselamatan yang terbaik kepada pengguna.

Beliau berkata, harga untuk Easy9 adalah antara RM300 hingga RM400 bergantung kepada jenis penggunaan premis.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2017 @ 5:05 AM