FARHANA (kiri) dan rakan niaga Nurul Aslah menunjukkan produk kecantikan Berry Stoberry.
FARHANA (kiri) dan rakan niaga Nurul Aslah menunjukkan produk kecantikan Berry Stoberry.
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Berry Strawberry Planet Enterprise, mengunjurkan jualan sebanyak RM5.5 juta menjelang Julai ini, disumbang oleh permintaan tinggi produknya, losyen kurus ‘I Am Sexy Lady’ dari dalam dan luar negara.

Pengasasnya, Farhana Ismail berkata, setakat ini pihaknya mencatatkan jualan RM1.5 juta dan komited untuk meningkatkan jumlah terbabit terutama menerusi pasarannya di Hong Kong, Australia, Brunei, Singapura dan terbaru di Arab Saudi.

“Selain losyen kurus ‘I Am Sexy Lady’, kami turut memasarkan sabun antiselulit dan lemak (Sexy Skinny) serta produk baharu Whitening Coffee Pooteh Turboo yang akan dipasarkan pada Mei ini.

“Kami berharap dapat mengekalkan pasaran sedia ada, malah tidak menyangka mendapat permintaan memberangsangkan daripada pengguna kerana keberkesanan produk keluaran syarikat yang menggunakan 100 bahan organik,” katanya kepada Bisnes Metro.

Ketika ini, syarikat mempunyai 300 ejen dan stokis di setiap negeri seluruh Malaysia serta modal untuk menjadi ejen serendah RM285 manakala stokis RM4,500. Maklumat lanjut boleh melayari Facebook (I Am Sexy Lady), (Berry Strawberry) atau (Aslah Bedah).

Farhana berkata, pihaknya memberi fokus pemasaran dalam talian menerusi media sosial dan tahun ini memperuntukkan pengiklanan dan promosi (A&P) sebanyak RM100,000.

Beliau berkata, biarpun berdepan dengan persaingan lambakan produk losyen kurus di pasaran, pihaknya yakin dengan produknya yang dilihat menjadi produk pertama di Malaysia apabila digunakan dapat mengeluarkan kulit mati (daki).

“Kami mempunyai ramai testimoni yang rata-ratanya berpuas hati menggunakannya dan dapat melihat kesan dalam tempoh 24 jam. Losyen ini tidak panas dan sejuk serta selamat digunakan ke wajah dan ibu mengandung.

“Namun, kami ingin pelanggan berhati-hati kerana produk ini telah diplagiat dan memberi kesan tidak baik kepada pengguna. Oleh itu, pastikan pelanggan membeli produk asli yang mempunyai hologram dan nombor siri di setiap ejen serta stokis sah kami,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2016 @ 7:12 AM