Rusliza menunjukkan produk terbaru, Pure Foundation 3 dalam 1.
Rusliza menunjukkan produk terbaru, Pure Foundation 3 dalam 1.
Oleh Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Deep Heritage Beauty komited meningkatkan jualan sekali ganda tahun ini menerusi produk terbaru syarikatnya, Pure Foundation 3 dalam 1 berbanding 15,000 unit yang dicatatkan tahun lalu.

Pengasasnya, Rusliza Rusli berkata, pihaknya tidak menyangka produk penjagaan kulit wajah Pure Foundation 3 dalam 1 mendapat permintaan menggalakkan kerana syarikat menumpukan kepada strategi pemasaran secara atas talian.

Katanya, tahun ini syarikatnya akan meluaskannya secara luar talian.

“Maklum balas daripada testimoni memberangsangkan dan lebih 90 peratus pelanggan memberi maklum balas positif. Kami percaya produk ini memenuhi gaya hidup wanita masa kini yang sentiasa ingin tampil cantik serta melindungi kulit wajah.

“Menariknya, produk ini dihasilkan daripada 11 bahan mentah iaitu kolagen, ekstrak jojoba, aloe vera, stem sel epal dan air zamzam yang sesuai untuk semua jenis kulit,” katanya.

Menurutnya, pengguna tidak meragui produk terbabit kerana ia dihasilkan di kilang bertaraf Amalan Perkilangan Baik (GMP), mesra solat serta tahan 12 jam.

Rusliza berkata, jualan dan pemasaran produk disokong 20 wakil pengedar di seluruh negara dan pihaknya bercadang menambah kepada 50 wakil sebagai usaha meningkatkan jualan dan penguasaan pasaran.

Beliau berkata, mengenai perancangan syarikat tahun ini, pihaknya memperkenalkan barisan produk baharu iaitu ‘BB powder Plus 2 Way Cake’ dan gincu bibir pada separuh pertama tahun ini.

“Kami menjangkakan produk baharu ini akan dikeluarkan pada Jun 2016 bagi melengkapkan rangkaian produk sedia ada, selain memenuhi keperluan pelanggan.

“Bagi pembelian Pure Foundation 3 dalam 1, kami akan memberikan bekas alat solek dan span muka percuma. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh melayari Facebook dan Instagram (Deep Heritage Beauty HQ),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2016 @ 6:55 AM