Bomba melakukan pencarian nenek dan cucu sesat di Bukit Buluh Telur semalam FOTO Ihsan Bomba
Bomba melakukan pencarian nenek dan cucu sesat di Bukit Buluh Telur semalam FOTO Ihsan Bomba
Amirul Aiman Hamsuddin


Hulu Selangor: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nenek bersama cucu perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang dipercayai tersesat di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Bharu, di sini, diteruskan pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi yang ditangguhkan pada jam 7.20 malam semalam, dimulakan jam 8.30 pagi.

"Bagaimanapun kedua-dua mangsa masih belum dijumpai," katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan mangsa yang sesat adalah seorang wanita warga emas berusia 62 tahun bersama seorang kanak-kanak yang juga cucunya.

JBPM Selangor menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.12 petang semalam sebelum sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2024 @ 9:46 AM