Oleh Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas tergelincir dari tebing pantai dalam kejadian di Pantai Lido di sini, malam ini.

Sumber Bomba dan Penyelamat menyatakan usaha mengesan mangsa yang hilang sejurus pihaknya menerima panggilan jam 9.18 malam.

Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Rohaizat Hamdandi bantu enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

"Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi jam 9.33 malam untuk mengesan mangsa yang hilang.

"Operasi tidak dapat diteruskan disebabkan air surut dan tidak dapat menurunkan bot penyelamat," katanya.

Operasi mencari mangsa yang hilang diteruskan esok.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 11:38 PM