ANGGOTA penyelamat bersiap sedia melakukan operasi SAR di Pantai Desaru, Bandar Penawar, Kota Tinggi. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA penyelamat bersiap sedia melakukan operasi SAR di Pantai Desaru, Bandar Penawar, Kota Tinggi. FOTO ihsan Bomba
Oleh Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Operasi mencari dan menyelamat dua remaja lelaki yang hilang dan dikhuatiri lemas di Pantai Desaru, Bandar Penawar Kota Tinggi, diteruskan pada hari kedua pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Mohd Fadli Ismail berkata, operasi itu mengesan kedua-dua mangsa dilakukan pada 7.40 pagi.

Katanya, operasi itu membabitkan 17 anggota bomba, lima polis bantuan Desaru, enam anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan dua anggota Polis Marin.

"Operasi masih diteruskan di sekitar persisiran pantai.

"Keadaan laut yang bergelora menyebabkan tiada pencarian dibuat menggunakan bot penyelamat," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi semalam, keseronokan 10 rakan mandi di Pantai Desaru, Bandar Penawar Kota Tinggi berakhir tragedi apabila dua daripanya dikhuatiri lemas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2016 @ 10:57 AM