Oleh Isma Ismail

Johor Bahru: Seorang daripada dua sahabat berusia 24 tahun yang dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mandi di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, petang semalam, ditemui malam tadi.

Mangsa yang ditemui adalah Muhamad Marwan Mazlan dan seorang lagi sahabatnya, Muhammad Firdaus Mohd Salleh berasal dari Johor Bahru masih belum ditemui.

Seorang lagi rakan mereka Shafiq Sabirin, 24, berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bandar Penawar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu 8.07 malam tadi.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Azlan Mohd Sobri.

"Operasi mencari mangsa yang hilang masih giat dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 11:45 AM