Oleh Saiful Affendy Sapran


Sepang: Pelumba Repsol Honda Dani Pedrosa muncul juara saingan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Podium kedua diraih pelumba Movistar Yamaha, Jorge Lorenzo yang bermula di petak keempat.

Sementara pendahulu kejuaraan, Valentino Rossi menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

Bagaimanapun pengarah perlumbaan sedang menyiasat insiden membabitkan Rossi serta Marc Marquez yang menyaksikan pelumba Repsol Honda itu terjatuh di pusingan keenam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2015 @ 5:04 PM
PEDROSA menjuarai MotoGP dalam perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2015 di Litar Antarabangsa Sepang. FOTO Asyraf Hamzah
PEDROSA menjuarai MotoGP dalam perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2015 di Litar Antarabangsa Sepang. FOTO Asyraf Hamzah