Chong Wei tewas pusingan awal pada Siri Super Terbuka Korea sebentar tadi. - Pix Reuters
Chong Wei tewas pusingan awal pada Siri Super Terbuka Korea sebentar tadi. - Pix Reuters
Oleh Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei tersingkir awal pada Siri Super Terbuka Korea Selatan 2015 apabila tumpas di pusingan kelayakan kepada pemain tuan rumah, Heo Kwang Hee hari ini.

Bekas pemain nombor satu dunia itu kalah straight set 19-21, 19-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 45 minit.

Minggu lalu Chong Wei terkandas di pusingan kedua Terbuka Jepun apabila tumpas kepada musuh tradisi dari China, Lin Dan 17-21, 10-21.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2015 @ 12:03 PM