Chong Wei kini fokus beraksi di Terbuka Malaysia minggu depan. FOTO NSTP
Chong Wei kini fokus beraksi di Terbuka Malaysia minggu depan. FOTO NSTP
Oleh Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei tersingkir di pusingan kedua Terbuka India apabila tumpas kepada pemain Hong Kong, Wei Nan sebentar tadi.

Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan kalah straight set, 19-21, 19-21 dalam aksi memakan masa selama 42 minit.

Ini adalah kali kedua berturut-turut bekas pemain nombor satu dunia itu tumpas kepada Wei Nan di mana tahun lalu dia kalah 18-21, 19-21 di pusingan kedua Terbuka Denmark.

Awal bulan ini Chong Wei tersingkir di pusingan pertama Seluruh England selepas dimalukan BS Praneeth 22-24, 20-22.

Selepas ini Chong Wei akan beraksi di Terbuka Malaysia yang akan berlangsung 5 hingga 10 April di Stadium Malawati, Shah Alam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2016 @ 11:09 PM