CHONG Wei bungkus awal di  India selepas disekat Wei Nan.
CHONG Wei bungkus awal di India selepas disekat Wei Nan.
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei (gambar) gagal meneruskan aksi di Terbuka India selepas tumpas kepada Wei Nan dari Hong Kong di Kompleks Sukan Siri Fort semalam.

Chong Wei yang diletakkan pilihan utama terpaksa pulang awal apabila tumpas straight set 19-21, 19-21, kekalahan kedua berturut-turut bekas pemain nombor satu dunia itu kepada Wei Nan.

Tahun lalu di Terbuka Denmark, dia tumpas 18-21, 19-21 juga di pusingan kedua dan kekalahan semalam juga yang kedua berturut-turut menyaksikan Chong Wei tewas saingan awal selepas tumpas pusingan pertama Seluruh England kepada pemain India BS Praneeth 22-24, 20-22, bulan lalu.

Menurut jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan punca utama kekalahan anak buahnya adalah disebabkan kelemahan beraksi di depan jaring dan serangan dilakukan Wei Nan pula sangat berkualiti.

“Sukar untuk Chong Wei bermain bertahan. Kita ada buat pertukaran strategi pada set kedua tapi tetap tidak menjadi. Wei Nan beraksi secara menyerang pada keseluruhan perlawanan dan langsung tidak bermain rali,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2016 @ 6:13 AM