Ali (tengah) menunjukkan pistol dan dadah yang dirampas. FOTO Mior Azlan
Ali (tengah) menunjukkan pistol dan dadah yang dirampas. FOTO Mior Azlan
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Gombak : Seorang penghantar surat ditahan polis selepas pemeriksaan di rumahnya di Batu Caves, di sini, menemui pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM123,560 dan sepucuk pistol, awal pagi semalam.

Dalam serbuan 1.30 pagi, lelaki berusia 38 tahun itu berseorangan di rumah dipercayai menunggu pelanggan untuk menjual dadah sebelum diberkas.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, dadah yang ditemui adalah 23 ketulan mampat ganja, 3,000 biji pil ecstasy dan 10 gram ketamin.

Katanya, pistol yang ditemui adalah jenis Browning bersama 40 butir peluru dan ditemui dalam almari.

"Nilai pasaran dadah terbabit dianggarkan RM123,560. Suspek kini di tahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini, pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2015 @ 11:33 AM