GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nurul Hidayah Bahaudin

Petaling Jaya: Seorang lelaki ditahan berhubung kes liwat lelaki warga asing di sebuah kondominium, di sini, pada 4 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Ipoh, Perak, jam 11.45 pagi tadi.

"Tangkapan terhadap suspek dibuat oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

"Suspek dibawa balik ke IPD Petaling Jaya dan akan memohon reman," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang lelaki warga asing yang menerima pelawaan kenalan baru dikenali di gimnasium untuk berbual di rumah diliwat di sebuah kondominium, di sini, pada 4 Julai lalu.

Shahrulnizam dipetik berkata, mangsa berusia 25 tahun memaklumkan baru berkenalan dengan suspek warga tempatan di sebuah gimnasium pada Mac lalu.

Katanya, suspek bertindak membuka pakaian mangsa, mencabul dan meliwat mangsa sebaik tiba di rumah berkenaan.

Menurutnya, mangsa dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan pada dubur.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 8:06 PM