Lamine Yamal
Lamine Yamal
AFP

Mataro(Sepanyol): Setiap kali Lamine Yamal menjaringkan gol, dia mengangkat jarinya menandakan nombor 304 iaitu poskod Rocafonda, kawasan Catalonia yang sederhana di mana dia dibesarkan yang penuh dengan kebanggaan terhadap kejayaan pemain berusia 16 tahun itu dalam Euro 2024.

Penduduk kawasan terbabit sudah pastinya berbangga dan teruja terhadap Yamal yang biasa bersama ayahnya memegang bola dan kini dia menjaringkan gol menakjubkan ketika menentang Perancis sekali gus membantu Sepanyol mara ke Final Euro 2024 awal pagi Isnin.

Sejak beberapa tahun lalu, penduduk kawasan terbabit mengetahui bahawa Yamal adalah pemain bola sepak istimewa namun tiada yang dapat meramalkan dia mampu menjadi pemain termuda menjaringkan gol dalam kejohanan Eropah.

"Kami tahu dia akan bermain dengan pasukan utama Barcelona.

"Tetapi kami tidak tahu dia akan memberi impak seperti yang dia buat sekarang," kata pemilik kedai minuman Juan Carlos Serrano dengan senyuman bangga.

Penyokong Sepanyol menunjukkan baju yang tertera nama Lamine Yamal
Penyokong Sepanyol menunjukkan baju yang tertera nama Lamine Yamal

Di dinding belakangnya terdapat baju Barcelona yang ditandatangani oleh Yamal yang diberikan oleh ayahnya kepada Serrano sebagai tanda terima kasih atas sokongannya selama bertahun apabila pasangan itu pergi ke kedai minuman terbabit sebelum menaiki kereta api ke bandar.

Dia ke bandar untuk dia berlatih dengan pasukan remaja kelab itu sehingga berjaya menandatangani dengan akademi remaja terkenal mereka, La Masia.

Itulah hari terakhir Yamal datang ke bar itu, tetapi bukan kali terakhir dia kembali ke daerah Mataro ini, sebuah bandar dengan 130,000 penduduk yang terletak 30 kilometer dari Barcelona di mana dia menghabiskan sebahagian daripada zaman kanak-kanaknya dan di mana ramai penduduk tempatan bangga menunjukkan gambar bersama dengannya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 8:37 PM