Primoz Roglic mengalami kecederaan selepas terbabit kemalangan.
Primoz Roglic mengalami kecederaan selepas terbabit kemalangan.

Reuters

Paris: Primoz Roglic tidak akan menyertai peringkat 13 Tour de France selepas terbabit kemalangan menurut pasukannya Red Bull Bora Hansgrohe.

Pemenang Giro d'Italia 2023 itu terbabit kemalangan 12 kilometer dari garisan penamat selepas satu lagi kemalangan yang menyebabkan dia kehilangan 25 saat pada peringkat 11.

"Primoz Roglic menjalani pemeriksaan teliti oleh pasukan perubatan kami selepas peringkat semalam dan sekali lagi pagi ini.

Keputusan menunjukkan bahawa dia tidak akan menyertai peringkat 13," tulis Red Bull Bora Hansgrohe di laman X.

Roglic berada di tempat keenam selepas tamat peringkat perlumbaan pada hari Khamis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 8:53 PM