AKSI pemain Sabah FA (jersi biru) pada pertemuan dengan Pahang Rangers. FOTO MOHD RAFI MAMAT
AKSI pemain Sabah FA (jersi biru) pada pertemuan dengan Pahang Rangers. FOTO MOHD RAFI MAMAT
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Kebangkitan selepas tewas menjadi bekalan pasukan Sabah FA yang akan berhadapan Kuala Lumpur City (KL City) FC pada saingan Divisyen Satu Liga Futsal Perdana Kebangsaan Malaysia (MPFL) di Kompleks Sukan Negara (KSN) Panasonic Shah Alam, Selangor, petang esok.

Tewas tipis 3-4 pada Pahang Rangers FC ditempat lawan Isnin lalu, tidak akan menjejaskan semangat barisan pemain skuad bimbingan jurulatih, Patt Sriwijit yang kini berada di tangga kelima dengan mengumpul 12 mata daripada sembilan perlawanan.

Katanya, berhadapan dengan KL City yang berada di tangga terbawah liga tidak bermakna mereka akan mendapat laluan mudah meraih kemenangan.

"Saya telah mengingatkan pada pemain Sabah FA supaya dapat lupakan terus kekecewaan pada perlawanan sebelum ini, sebaliknya dapat memberi sepenuh tumpuan memburu kemenangan pada pertemuan dengan KL City.

"Kebangkitan selepas tewas diharap dapat dilakukan barisan pemain yang kini kelihatan sudah bersedia turun ke gelanggang membawa misi merangkul tiga mata berharga," katanya, di sini semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 8:49 PM