CITROEN Grand C4 Picasso 1.6 eTHP. FOTO Erywan Norshal
CITROEN Grand C4 Picasso 1.6 eTHP. FOTO Erywan Norshal
Oleh Erywan Norshal


Kuala Lumpur: Naza Euro Motors melancarkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) terbaru menerusi Citroen Grand C4 Picasso yang menggunakan enjin petrol.

MPV keluaran Perancis itu dijual pada RM179,888 atas jalan termasuk insurans itu menggunakan enjin 1.6 liter e-THP (Turbo Tekanan Tinggi) yang menghamburkan kuasa 165 PS dengan tork setinggi 240 Nm.

Kuasa daripada enjin itu disampaikan ke kotak gear enam kelajuan automatik dan dikatakan mampu memecut sehingga 189 kilometer sejam.

Kenderaan tujuh tempat duduk itu menggunakan platform terbaru EMP2 yang memberi keluasan kabin optimum.

Jentera yang pernah memenangi anugerah antarabangsa menawarkan ciri-ciri terkini dengan skrin 12 inci panoramik serta sistem navigasi, pandangan 360 darjah dan sistem bantuan tempat meletak kereta.

Ia ditawarkan dengan empat pilihan warna membabitkan hitam, biru, putih dan merah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 7:43 PM