PEUGEOT 408 e-THP. FOTO Erywan Norshal
PEUGEOT 408 e-THP. FOTO Erywan Norshal
Erywan Norshal


Kuala Lumpur: Nasim Sdn Bhd, pengedar kenderaan jenama Peugeot di Malaysia melancarkan model baru Peugeot 408 e-THP, hari ini.

Kenderaan sedan segmen C itu hadir dengan rekaan lebih kemas, selain menawarkan pemanduan dinamik.

Peugeot 408 e-THP dibangunkan dengan menggunakan Efficient Modular Platform 2 (EMP 2) yang memberi kelebihan terhadap pengurangan berat sehingga 140 kilogram dan pusat graviti lebih rendah sehingga 20 milimeter.

Ia masih menggunakan enjin 1.6 liter turbo dengan menyalurkan 167PS, tetapi lebih jimat minyak dengan purata 6.5 liter bagi setiap 100 kilometer yang turut memiliki teknologi Stop Start.

Kuasa enjin itu disalurkan kepada transmisi enam kelajuan automatik dengan teknologi Quickshift.

Ia ditawarkan dengan enam pilihan warna yang dijual pada harga RM143,888 atas jalan termasuk insurans.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2016 @ 12:13 PM