Erywan Norshal

NAZA Euro Motors, pengedar kenderaan Citroen di negara ini melancarkan model baru menerusi C4 Picasso, di Putrajaya, hari ini.

Model kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak itu dibangunkan menggunakan platform modular kod EMP2 yang menawarkan ruang kabin luas serta rekaan luaran menarik.

Bentuknya lebih pendek berbanding model MPV, Citroen C4 Grand Picasso yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Citroen C4 Picasso dikuasakan enjin 1.6 liter turbo yang menghasilkan kuasa 162 hp dan torksetinggi 240 Nm dengan dipadankan transmisi automatik enam kelajuan.

Enjin THP 165 turut menawarkan penjimatan bahan api dengan bacaan purata 17.3 kilometer bagi setiap liter, selain mampu memecut 210 kilometer sejam (km/j).

Jentera itu didatangkan dalam empat warna membabitkan putih, biru, kelabu dan merah yang dijual pada harga RM148,888 atas jalan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2016 @ 6:39 PM