Bagi memberi lebih nilai, tiga model Toyota ditawarkan dengan aksesori tambahan tanpa dikenakan caj membabitkan Corolla Altis, Innova dan Alphard.

Bagi model Toyota Corolla Altis, pengguna boleh menikmati penampilan aerokit tempahan khas serta di­datangkan dengan pemain audio DVD-AVN.

Aerokit itu memberi penampilan sporty selepas dipasang oleh tenaga mahir daripada UMW Toyota Motor yang turut didatangkan dengan tempoh jaminan, manakala DVD-AVN adalah sistem audio paparan tujuh inci.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova pula tampil dengan penambahbaikan lebih kemas selepas ruang dalaman dileng­kapi sistem audio DVD-AVN paparan tujuh inci skrin sentuh.

Sistem itu mempunyai ciri-ciri navigasi, pilihan sambungan pelbagai, pelayar Internet dan kamera belakang. Ia turut dilengkapi sistem hiburan belakang pada bahagian bumbung dalaman dengan skrin lapan inci monitor untuk varian Innova 2.0 G.

Malah, varian Innova 2.0 G juga ditawarkan dengan aksesori tambahan percuma membabitkan Filem Keselamatan dan Premium Toyota bagi tingkap kenderaan.

MPV popular di negara ini menerusi model Alphard ditawarkan dengan Aerokit TRD percuma, selain dilengkapi pakej Lampu Nyalaan Siang. Ia juga ditawarkan dengan skrin 10.2 inci pada bahagian bumbung dalaman, selain dilengkapi sistem hiburan berkualiti tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2015 @ 5:01 AM