CITROEN Grand C4 Picasso. FOTO Erywan Norshal
CITROEN Grand C4 Picasso. FOTO Erywan Norshal
Oleh Erywan Norshal


Puchong: Naza Euro Motors, selaku pengedar kereta Citroen, melancarkan MPV pertamanya dengan menggunakan enjin diesel menerusi Grand C4 Picasso sebentar tadi.

MPV yang menggunakan enjin 2.0 liter e-HDI itu menyalurkan kuasa 150 PS dengan tork setinggi 370 Nm.

Kenderaan yang sudah menerima anugerah antarabangsa ditawarkan empat pilihan warna membabitkan putih, biru, merah dan hitam.

Ia dijual pada harga RM184,926.20 atas jalan tidak termasuk insurans dan ditawarkan tempoh jaminan lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 7:46 PM