Kemunculan artis semestinya akan jadi tumpuan setiap kali hadir ke sesebuah acara.

Sama artis berkenaan terbabit atau tidak, pasti akan ada yang mahu merakam gambarnya.

Apa lagi bagi golongan pengamal media sendiri, tentu sekali kena ambil gambar kerana artis sudah di depan mata.

Jika tidak, apa pula nak menjawab dengan bos di pejabat nanti?

Setahu SS, bukanlah benda itu menyusahkan pun kerana ambil gambar di mana-mana acara pun sangat ringkas dan tidak makan masa.

Namun lain pula SS dengar mengenai seorang pelakon jelita ini yang terang-terangan menunjukkan raut wajah menyampahnya ketika diminta ‘pose’. Dia bahkan tidak beri kerjasama langsung, sekurang-kurangnya untuk senyum.

Sikapnya itu memang terserlah dengan ketara sehing-gakan jurufoto pula rasa bersalah seakan mengambil gambarnya satu dosa. Tapi tidak pula dia menolak sewaktu diminta ambil gambar.

Kalau benar tidak mahu gambarnya dirakamkan, kenapa dia tidak jelaskan secara baik dan menolak?

SS: Lebih suka jadi tukang ambil gambar daripada digambar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2015 @ 11:29 AM