FUKI Sato meletakkan kadbod supaya anaknya menyangka dia berada di situ.
FUKI Sato meletakkan kadbod supaya anaknya menyangka dia berada di situ.
Agensi

TOKYO: Seorang wanita di Jepun mencetak kadbod gambar sendiri sebesar badannya yang diletakkan dalam bilik tidur anak lelaki berusia setahun supaya kanak-kanak itu tidak menangis.

Memetik laporan Daily Mail, Fuki Sato turut meletakkan kadbod sama di beberapa sudut dalam rumah supaya anaknya menyangka dia berada di situ.

Berdasarkan video dikongsi bapa kanak-kanak itu dalam Twitter, terdapat satu kadbod ibunya berdiri, manakala satu lagi wanita itu bersimpul sambil senyum.

Video itu sudah ditonton lebih dua juta kali dan bapa kanak-kanak terbabit meletakkan kadbod di pintu dapur ketika anaknya bermain di hadapan televisyen.

Menurut bapa kanak-kanak itu, anaknya akan menangis sebaik mendapati isterinya tidak berada di sisinya.

“Saya membuat eksperimen untuk melihat apa reaksi anak sekiranya menghasilkan kadbod gambar isteri.

“Kadbod itu berkesan untuk selama 20 minit dan sangat berguna,” tulisnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Disember 2019 @ 2:24 PM