YAMAL meraikan kejayaan bersama Padilla. FOTO Agensi
YAMAL meraikan kejayaan bersama Padilla. FOTO Agensi
Agensi

Berlin: Pemain remaja sensasi Sepanyol Lamine Yamal berkesempatan meraikan kejayaan menjuarai Euro 2024 bersama teman wanitanya Alex Padilla.

Yamal yang berusia 17 tahun beraksi 89 minit ketika Sepanyol menentang England dengan gol kemenangan La Roja diperoleh menerusi Mikel Oyarzabal pada minit ke-86.

Dia yang menjaringkan gol hebat ketika berdepan Perancis di separuh akhir membantu Nico Williams meledak gol pertama pasukannya sebelum mereka menang 2-1.

Prospek masa depan Barcelona itu dipilih pemain muda terbaik kejohanan manakala rakan sepasukan Rodri dinobatkan pemain terbaik Euro 2024.

Namun kejayaan itu amat bermakna apabila diraikan bersama teman wanitanya Padilla. Pempengaruh media sosial yang mempunyai 300,000 pengikut di Tiktok itu memakai jersi Sepanyol tercatat nama Yamal dan naik di atas pentas bagi meraikan kemenangan bersama teman lelakinya itu.

Yamal tampak begitu manja apabila melentokkan kepalanya di bahu Padilla yang menggantung medal milik Yamal di lehernya sambil memegang trofi sebelum mereka bergambar bersama.

Pasangan itu ditemani bapa Yamal, Mounir Nasraoui yang sebelum perlawanan meramalkan dengan tepat anaknya bakal menyinar di pentas utama bola sepak antarabangsa.

Dipercayai Padilla menonton beberapa perlawanan Sepanyol di Jerman bersama keluarga Yamal.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 10:36 PM