Ini cerita seorang pendatang baru yang bertapak dalam bidang hiburan tanah air. Bagi SS, dia seorang yang berbakat besar. Jika diberi peluang, SS percaya artis itu mampu pergi lebih jauh. Namun, sayangnya, kata rakan SS, artis ini sudah mula berlagak sombong walaupun pengalamannya tak seberapa.

Bukan SS ingin mengadakan cerita memburukkan namanya sebaliknya cerita ini didedahkan seorang rakan yang bertemu dengannya dalam satu majlis baru-baru ini.

Kata rakan SS, pada mulanya dia berhasrat untuk berbual dengan artis baru itu, tetapi dari awal hingga akhir dia asyik dengan telefon bimbitnya dan tidak peduli orang sekeliling.

Sikapnya yang acuh tak acuh itu membuatkan rakan SS terus tidak berminat untuk berbual dengannya.

SS pula berharap semoga artis baru itu mengikis sikap buruknya itu kerana ia boleh membunuh masa depan karier seninya sendiri.

SS: Orang sombong selalu rugi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 5:18 AM