Sudah banyak kali masyarakat mendengar kisah artis baru bersikap sombong dan bermasalah di lokasi penggambaran.

Artis ini seolah-olah tidak bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan, malah ada yang cepat lupa diri.

Baru-baru ini, seorang rakan memaklumkan mengenai sikap seorang artis popular yang acuh tak acuh ketika ditemu bual media!

Sikapnya itu menampakkan dia tidak serius dan semacam kurang sopan kerana ketika orang sibuk menemubualnya, dia pula sibuk bermain dengan telefon bimbit.

Tindakannya itu langsung tidak profesional. Sesi temu bual bersama media sebenarnya tergolong sebagai salah-satu bidang kerjanya, jadi sepatutnya dia kena hormati dan tutuplah telefon itu dulu.

Namun, artis itu tidak berbuat demikian dan terus selamba ­bermain telefon. Jadi setiap soalan yang diajukan dia tidak memberi tumpuan dan jawapan yang diberikan cuma sekadar 'menjawab soalan' saja.

Mungkin artis itu merasakan dirinya cukup popular dan sudah tidak memerlukan media untuk menulis mengenai kerjayanya.

SS berharap artis itu belajar untuk menghormati orang. Dia perlu tahu, dalam pekerjaannya dia perlu berhadapan dengan pel­bagai lapisan masyarakat dan perlulah bijak membawa diri.

SS: Telefon semakin membuat­kan manusia hilang 'eye contact'.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 5:01 AM