Manusia mudah lupa, ketika nama disanjung dia terlupa untuk merenung rumput di bumi.

Waktu itu dialah yang paling hebat, jangan sesekali ditegur akan melentinglah dia.

Selebriti yang SS maksud ini, khabarnya dulu dia sering mendapat undangan membuat persembahan di luar negara.

Memang susah benar nak nampak mukanya di Malaysia sehingga peminat amat merindui kelibatnya.

Bagaimanapun, sekarang kerap pula dia berada di tanah air dan khabarnya ada pihak di luar sana yang dah tak berapa ‘kuasa’ nak melayan kerenahnya.

Sikapnya yang macam mana mereka tak suka, tak tahulah pula SS kerana SS bukannya rapat sangat dengan selebriti itu.

Disebabkan ada orang kita yang lupa asal usul, maka wujudlah kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.

Apa jua bentuk rezeki dan kelebihan yang Allah SWT beri, ia sebenarnya adalah ujian daripada-Nya. Jika tidak beringat-ingat buruklah padahnya.

Ketika orang tengah suka dengan kita, jagalah hati mereka dengan sebaik-baiknya. Apa saja yang ada dengan kita sekarang adalah pinjaman semata-mata, tetapi resam manusia begitu, memang cepat lupa.

SS: Suka ambil pemakanan tambahan untuk menguatkan minda.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 11:13 AM